Isnin, 11 Julai 2011

11
Komen
MONSTER EK..UOK PENGHUNI SUNGAI DITERJAH TEAM.

matakail | 1:15 PG |
Alhamdulillah syukur dah pulang kami dah ke teratak masing masing berbekalkan penat, ngantuk, seronok, teruja, geram dan pelbagai perasaan yang tak boleh digambarkan ketika sesi menjoran 2 hari dilubuk kepunyaan ReNJeR, besout perak. walaupun ada 3 spesis monster yang diidamkan untuk dibawa balik ke kolumpo dan hanya satu spesis belida 4.2kg berjaya di bawa pulang disulam dengan ikan ketutu seberat 800grm dan lampam setengah kilo namun kepuasan yang kami dapat tidaklah boleh dibeli dimana mana gedung beli belah didunia ini..

saya, renjer, pengerusi, ani lebuh dan wak nayan..
Hari pertama sabtu jam 10.30 pagi kami dah terpacak kat kedai makan besout 1 sambil menunggu tekong darat iaitu encik ranjer ..sambil tu sempat la pekena roti canai dan nasi lauk kari kembung.. bila ranjer dah sampai kami pon bersuai kenal lah , tak sangka ranjer ni peramah dan mesra alam rupanya.. :)
Setelah sarapan apa yang patut kami dibawa ke rumah ranjer kemaskan barang untuk menjoran.. jam 11 pagi kami telah bergerak menuju ke lubuk A.. dalam perjalanan yang berliku sempat juga berhenti untuk mencari umpan cacing buat makanan untuk si udang galah














Sampai di lubuk A (sungai ulu basir) pula kami telah merempuh hutan banat dalam 1  lebih kilometer dengan trek laluan yang agak sukar dilalui, semak samun pokok rotan namun semangat tak pernah goyah walaupun terpaksa menempuh pelbagai rintangan kami akan lalui jua.. caiyok caiyok.. permulaan sesi menjoran telah bermula lebih kurang jam 12.30 tengah hari dimulakan dengan tarikan si teruboi oleh ranjer.. dan team juga menarik beberapa spesis yang bersaiz remaja seperti selais, selat, anak baung.. kat lubuk ni ranjer sarankan untuk mencari anak udang galah untuk dijadikan umpan sang monster malam ni dan esok tetapi kami pula kehabisan cacing akibat tidak prepare awal awal. nih la akibatnya.. jadi kami pula mencuba menjejaki kelabau dilubuk ni.. namun kelabau yang diidamkan lansung tak nampak muka..mungkin kerana mereka terkejut dengan kehadiran orang yang tak dikenali. jadi kelabau ni pun malu malu nak makan umpan yang dilabuh..












Jam 6.00 petang kami tinggalkan lubuk A untuk menuju ke lubuk B (sungai nelson), iaitu lubuk sang monster belida dan patin.. sempat juga kami singgah di kilang kelapa sawit untuk menjamu selera kat kedai mamak dalam tu pekena kari ayam dan daging.. hari dah berganti gelap.. dalam perjalanan kami dibawa ranjer menjaring sepat di lokasi parit berdekatan untuk dijadikan umpan sang belida kerana umpan udang galah yang kami cari petang tadi hanya dapat 4ekor sahaja..



sesampai dilubuk B yang dimaksudkan kami diberi penerangan cara cara dan sedikit nasihat yang berguna dari ranjer yang dah biasa di kawasan ini.. matakail pon dengan pantas melabuh joran menggunakan anak udang galah.. belum sempat jam berdetik ..joran matakail dah ditarik sipenghuninya iaitu seekor ketutu.. mahal ikan ni..pergh 1st time matakail dapat menjerat ikan ketutu ni.. memang suka sangat la.. apalagi bergambar sakan la kume..



Lepas dari tu.. pancing pancing kami pon sepi tak diusik lansung dengan berumpankan buah sawit peram.. mungkin penghuni kat sini pon terkejut dengan kehadiran orang yang hensem dan tak dikenali melawat..setelah melabuhkan semua pancing dan diikat dengan kemas kami pon bergilir gilir tidur sehingga pagi.. dalam masa tu matakail dan pengerusi yang sedang berjaga sempatlah diusik sesuatu kat situ.. 'ia' sempat melawak dengan memadamkan api lampu kabaid kami.. matakail dan pengerusi wat dak je.. malas nak layan... manakala si ranjer pula telah dibatukkan orang di belakangnya ketika pi melabuhkan joran di bawah sikit area tempat kami bercamping. ada pula spesis monyet diatas pokok yang rasa terganggu dengan kehadiran kami telah berbunyi Ek.ouk Ek.ouk sepanjang malam dan kencing dari atas pokok.. mencurah curah hujan ke tanah.. huh.. nasib tak kena area kami berbaring..dugaan kami tempuhi dengan tenang dan tawakal..6.30 pagi masing masing dah bangun awal sebab time ni lah ikan aktif untuk mencari makanan.. masing masing menukar umpan yang fresh untuk sarapan si penghuni sungai ni.. sedang tunggu tunggu.. ranjer yang memancing dibawah hujung sana telah menjerit menarik seekor sang monster yang dicari.. yeah! belida 4.2kg.. terbaik! kenapalah tak kena joran matakail.. heheh.. tak mengapalah.. janji matakail dapat tengok belida monster ni ..sempatlah dirakamkan video bagi semua menonton..






Lepas dari tu..keadaan menjadi sepi semula. yang nampak kelibat kelibat monster belida dan patin bermain dipermukaan air. dari cara libasan dan pergerakan air memang semuanya bersaiz MEGA! tetapi tak mahu lansung memandang umpanan kami didalam air tersebut... takpe takpe.. ada ubi ada batas...bila dah tengah hari sikit kami berkemas dan kelubuk yang terakhir iaitu lubuk C sungai nelson juga cuma kawasan ni dibelah bawah sikit dan lapang. sesuai untuk perkemahan dan aktiviti riadah yang selesa..kat sini kata ranjer memang lubuk patin kelabau lampam dan belida.. namun kalau hari cuti banyak sampan dan pemancing yang berlabuh disini mencari udang galah.. matakail sempat juga menuntut sedikit ilmu umpan dan perambut dari otai ranjer ni untuk bekalan masa akan datang. nasiblah si ranjer ni tak kedekut ilmu dan segalanya.. memang tabik spring lah.. kalau nak dibandingkan kaki pancing tegar yang lain kebanyakan mereka ni kedekut ilmu, lubuk dan sebagainya, tetapi berlainan dengan ranjer ni.. memang terbaik. kau memang gempak la bro. hahaha..puji ada makna ni.. kiki.. kat lubuk ni hanya seekor lampam sahaja sempat didaratkan ketebing kerana air sungai sudah mula keruh akibat dihulu sungai semalam telah mengalami hujan yang lebat.. nampaknya sesi menjoran kami telah pun tamat.. kami berkemas pulang ke rumah ranjer jam 2 petang dengan kelaparan, kepuasan dan kepenatan.


Sesampai je kat rumah ranjer, tak sempat nak mandi.. makanan pun terhidang.. perghhh meleleh wa cakap lu.. gulai lemak ikan patin campur kelabau, sambal belacan, sayur goreng kangkung,ulam ulam, udang lipan rebus dan nasi panasss. TERBAIK!!!..lentok matakail dan team.. makanan tu sedap sungguh...selesai makan matakail dan team pon mandi menyegarkan badan untuk pulang ke kampung halaman di ara damansara..




Tepat Jam 4.30 petang kami bergerak pulang ke petaling jaya dengan harapan untuk kembali lagi bersama sama ranjer menduga dan menawan spesis yang diidamkan. mana boleh jadi asik tuan rumah je pulun sorang sorang.. hehe.. apa pun kami satu TEAM mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada RENJER kerana sudi melayan , membantu, menunjukajar, menghidangkan makanan kepada kami ketika disana dengan harapan agar si renjer sanggup lagi melayan karenah kami masa akan datang...terima kasih sangat2. matakail pon penat tak habis lagi masa buat entri ni.. jadi matakail nak stop dan sambung tidur balik.. harap dilain kali kita berjumpa lagi. terima kasih sudi membaca sedikit artikel yang matakail paparkan untuk semua... silalah komen membantu :) salam.




11 comments:

I do I need Iman berkata...

byknye gmbar bang.. wah xhbes hbes dgn ikan dye ;)

matakail berkata...

nk mancing bunga mawar jauh sgt..huhu

Tanpa Nama berkata...

ikan sekor tu jela di canang...

matakail berkata...

alhamdulillah. itu je rezki kami yang allah beri. syukur nikmat. tp bukan lah seekor.

Renjer Sungai berkata...

terbaik entry nie :) kita pasti rancang lagi trip akan datang.. renjer dah kire semua kaki pancing yg sudi dtg mcm adik bradik :) semoga semua yg terlibat dlm trip tu mndapat pgjaran dan pngalaman yg berguna hehe..

semoga kita bertemu lagi satu hari nti :)

Tokanpuakajoran® Cikgu Budr berkata...

wa...himpunan bersih di ulu basir kita...tahniah dpt daratkan belida

matakail berkata...

xberkesempatan nak jumpa tokan. nanti kalau mai leh ajak tokan sekali join

anamizu berkata...

wahhhh ni rakan2 renjer ye..hehe
makan sedappppnye!!

matakail berkata...

mmg sedap sgt pon anamizu..

NAN berkata...

sedap lagi mata memandang

matakail berkata...

tq alvaro.. orait i c u there.. tq 4 visiting

Catat Ulasan

 

PageRank Display

PageRank
ping.sg - the community meta blog for singapore bloggers
PageRank Checker
Blogged.my
Free Auto Backlinks From 1Malaysia
free web site traffic and promotion

Kaki Ngail..

“Terima kasih kepada semua pelawat dan Followers.. Semoga anda mendapat sesuatu yang berguna di sini...........Terima kasih kepada yang sudi menghantar komen........ Thanks..;)
Pancing Ara TEAM Copyright © 2011 Blogger Template Designed by Eims@Matakail® Blogger Template