Isnin, 5 Oktober 2015

matakail | 1:13 PTG |

Perairan Sedili Johor memang agak terkenal dengan habitat lautan yang masih banyak dan bernilai, jesteru itu geng PANCING ARA sekali lagi bersama sama pengerusi kelab menerjah ke sana untuk menduga dan menikmati hasil yang ada.. 
Pada 3 & 4 october 2015 seramai 7 orang ahli yang bersemangat waja telah menuju memancing ke sedili iaitu En Adnan bakar (pengerusi) En Ani Osman En Hamid ,Rizal ,Faizal ,Nan ,dan saya menaiki bot chatters yang diberi nama yusof pran.
Namun pada hari pertama hasil tidak memberansangkan kerana air laut tidak menunjukkan pergerakan, dari pagi hingga kepetang sambaran dari tenggiri dan pemangsa lain masih tak kelihatan manakala sesi apollo ternyata lebih baik dengan hasil yang agak lumayan seperti selar/kembung/kerapu/tamban dan lain2. Pada sebelah petang apabila air sudah berarus saudara baru kelab iaitu nan sakai telah berjaya menaikkan seekor MAYONG yang seberat 4.5kg, En Ani Osman kita juga berjaya menaikkan BARRACUDA seberat 3kg dengan hanya menggunakan Apollo.
Pada sesi malam tersebut rata2 pemancing2 telah keletihan akibat dari perjalanan dari PJ ke sedili yang agak jauh, hanya beberapa org sahaja yang telah melanjutkan sesi pancingan.. dan hasil pada malam itu juga saya dan encik adnan menerima beberapa tarikan dari dasar namun mangsa berjaya meloloskan diri dengan memutuskan tali perambut serta terlucut. kelihatan juga sekumpulan sotong2 bermain di tepi bot namun apabila diturunkan candat mereka tidak menyambar gewang2 yang diberikan, mungkin kerana size sotong tersebut yang agak kecil. saya sendiri dapat menaikkan sotong sepanjang 40cm hanya seekor menggunakan mata apollo sahaja,.
Pagi Ahad lautan nampak perubahan , keadaan amat baik sekali untuk memancing, saya menerima satu sambaran BARRACUDA seberat 3kg apabila saya menggunakan teknik DRIFT berumpankan seekor anak kembung. Selepas dari itu tekong telah mengajak kami bermain kerapu dan hasil agak memuaskan.
Pada Jam 330 petang aktiviti pancing telah dihentikan dan kami pulang dengan hasil 4buah tong coldman berisikan ikan2 apollo serta 1 ekor MAYONG dan 3 ekor BARRACUDA. Alhamdulillah

Dibawah beberapa gambar trip yang berjaya dirakamkan, beserta video. sekian














ikan juara mayong

barracuda
read more " "

Sabtu, 22 Ogos 2015

0
Komen
TRIP SEDILI 2015

matakail | 12:57 PG |

Tanggal Julai 2015, Setelah sekian 2 tahun Team mendiamkan diri dari penglibatan pancingan tahunan maka pada kali ini seramai 3 orang sahaja dari Team iaitu Kapitan kelab tak lain tak bukan Tuan Adnan Bakar, Saudara Zaini dan saya sendiri (Eims) telah membuat terjahan nekad ke Sedili Johor. 

Perancangan telah dibuat sebulan sebelum trip namun penyertaan dari ahli ahli sedia ada yang mana rata rata amat sibuk dengan beberapa hal keluarga, kerja dan peribadi ditambah juga pada hari trip tersebut adalah bulan Syawal. Namun dengan semangat keberanian yang tak pernah luntur kami bertiga bertolak juga untuk menjayakan trip kali ini.

Dengan keadaan angin yang tak beberapa baik di laut maka trip kali ini dapat dijayakan selama sehari sahaja dan dinasihatkan oleh tekong untuk bermalam didarat manakala aktiviti pancing akan bersambung pada esok hari, namun dari perbincangan kami bertiga memutuskan untuk sehari sahaja kerana ketika ini juga hasil yang dapat agak memuaskan dan cukup untuk dibawa balik ke Ara Damansara. Mangsa yang berjaya dinaikan seperti Tenggiri (4 ekor) Todak (3ekor) Kembung/Selar/Cencaru/Sardin.

In Sya Allah, Pada Oktober ini saya akan membawa pengerusi dan beberapa rakan lain dan beberapa ahli kelab yang lama untuk kembali ke sedili. Tunggggguuu!!!
Sekian.




read more "TRIP SEDILI 2015"

Sabtu, 5 April 2014

4
Komen
PERMULAAN SEMULA BLOG KELAB

matakail | 12:19 PTG |

Salam sejahtera kepada semua ahli dan pengunjung Official Blog Pancing Ara Team.  Setelah sekian lama pihak pengurusan dan saya sendiri mendiamkan diri atas tugas dan kerja kerja rutin seharian yang perlu didahulukan hingga blog ini telah bersarang labah labah adanya.

InsyaAllah, Bermula detik ini kembali saya selaku pencerita dan wartawan khasnya untuk Pancing Ara Team akan menerbitkan kembali cerita cerita dari ahli dan perjalanan kelab ini seterusnya..

Untuk pengetahuan semua juga kita telah terlepas berita untuk 1 trip 2013 yang mana telah dijalankan pada bulan mei 2013 di lokasi Rompin Pahang.. saya akan cuba mendapatkan kembali gambar gambar sepanjang perjalanan trip.. di atas terdapat gambar untuk tshirt yang telah dicetak untuk trip 2013 tersebut. Pemenang tahunan untuk trip 2013 telah dimenangi oleh encik mat kuanter dengan tangkapan ikan haruan tasik seberat 4kg ++ mengalahkan 22 peserta yang lain. 
read more "PERMULAAN SEMULA BLOG KELAB"

Rabu, 2 Mei 2012

2
Komen
TRIP MEGA 2012 SELESAI

matakail | 9:25 PG |

Alhamdulillah, Aktiviti yang dirancang selama setahun telah berjalan dengan begitu baik dan jayanya serta mendapat kepuasan kepada ahli ahli yang mengikuti trip kali ini walaupun hasil yang diharapkan tiada mencapai saiz mega namun sebilangan ikan dan sotong memenuhi peti peti coolman yang dibawa.

Disaat saat hari akhir bermulanya perjalanan aktiviti pihak pengurusan Team terpaksa menukar ke satu destinasi pancingan lain iaitu ke Tanjung Lumpur, Kuantan apabila trip yang dirancang ke Kemaman, Terengganu terpaksa dibatalkan kerana mengalami masalah bot tiada.Seramai 20 orang ahli telah menyertai aktiviti kali ini dan memenuhi 3 buah bot yang telah disewa iaitu Bot A seramai 7 orang, Bot B seramai 6 orang dan Bot C seramai 7 orang. 

Perjalanan bermula pada malam minggu 28hb april jam 11.00 malam dari Apartment Seri Meranti, Ara Damansara  dan sampai di kuantan pada jam 4 pagi. Pada jam 9.00, 29hb april (ahad) pagi pemancing menaiki bot dan memulakan perlayaran ke lubuk lubuk perairan kuantan dan berakhir jam 10 pagi pada 30hb april (isnin). 

Sepanjang perlayaran pemancing selama tersebut diberitakan tiada sesiapa yang mengalami mabuk laut walaupun keadaan laut sedikit bergelora pada sebelah malam apabila ribut dan hujan yang agak kuat telah melanda. Tahniah kepada peserta untuk tahun ini. Manakala untuk hadiah tahunan bagi ikan terberat pada tahun ini telah dimansuhkan kerana ikan yang dikehendaki untuk dinilai sebagai juara, naib juara dan ketiga tidak mencapai saiz berat dan pihak Team serta peserta sebulat suara berpendapat untuk mengadakan jamuan kepada ahli ahli Team bagi mengantikan hadiah tersebut.

Matakail mewakili semua ahli Team juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada satu satunya Tuan Pengerusi Team, En Adnan Bakar kerana telah berusaha, berkerja keras bagi memastikan Perjalanan Team dan semua perkara yang melibatkan apa sahaja bentuk kerja bagi memastikan Team terus maju dan memuaskan. Semoga dimasa akan datang Team akan terus bergerak dengan jayanya diatas pengurusan beliau.

Dibawah sedikit sebanyak gambar untuk dikongsi kepada pengunjung dan ahli ahli yang membaca blog Team ini, dan matakail akan membuat satu album penuh untuk trip 2012 ini kerana buat masa sekarang gambar gambar masih lagi belum dikumpul sepenuhnya dari kamera kamera yang terlibat. 


 




















Maklumat lanjut dan cerita cerita lain dari peserta dan ahli boleh berkunjung ke group facebook kami di : https://www.facebook.com/groups/matakail/ atau klik join group icon di muka depan blog ini. Pihak Team juga mengalu alukan penyertaan ahli ahli baru dari seluruh dunia yang berminat untuk bersama sama dalam aktiviti riadah TEAM di masa akan datang. Sekian salam hormat. -matakail-



read more "TRIP MEGA 2012 SELESAI"
 

PageRank Display

PageRank

Baru Jap Menjoran

Kaki Ngail..

“Terima kasih kepada semua pelawat dan Followers.. Semoga anda mendapat sesuatu yang berguna di sini...........Terima kasih kepada yang sudi menghantar komen........ Thanks..;)
Pancing Ara TEAM Copyright © 2011 Blogger Template Designed by Eims@Matakail® Blogger Template