Memaparkan catatan dengan label trip. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label trip. Papar semua catatan

Jumaat, 8 Julai 2011

1
Komen
TRIP BERSIH 5.0KG KE BESOUT BERSAMA TUAN RANJER

matakail | 11:10 PG |

Tinggal beberapa jam dari sekarang matakail bersama dengan pengerusi dan rakan rakan team iaitu en ani lebuh dan en nayan akan berangkat menuju keperak untuk perhimpunan BERSIH kan penghuni sungai kat sana ..hehe yang mana telah di jemput sebagai tetamu atau juga pemain import oleh tuan ranjer kita RANJERSUNGAI - http://renjersungai.blogspot.com/2011/07/misi-trip-memburu-ikan-kelabaupatin-dan.html untuk menduga port menjoran beliau..

Diharapkan misi & rezeki kami akan berjaya dan diperkenankan oleh Yang Esa dengan habuan habuan yang diidamkan. terima kasih kepada Ranjer sudi melayan karenah kami nanti.. Matakail akan cuti berblog selama 2 hari bermula sekarang sehingga ahad ini.. dan akan berjumpa kembali pada isnin minggu depan untuk entri yang menarik buat tatapan rakan TEAM dan blogger serta pengunjung yang sudi bertamu ke blog TEAM matakail ini. harap doa doakan kejayaan dan keselamatan kami.. sekian
read more "TRIP BERSIH 5.0KG KE BESOUT BERSAMA TUAN RANJER"

Ahad, 26 Jun 2011

4
Komen
Bersama Spesis Shuffle & Penjaring No Mercy

matakail | 12:32 PTG |
Besor umpan dari perut.. aduhai
Post kali ni matakail nak hangin satu badan sikit.. bukan pada korang tapi pada penjaring penjaring senator, amatur ataupon diktator yang telah bertapak dan buat kerja haram lama kat area bandar ni..!! yelah mana tak nya, pantang la ada lopak air sikit habis nak disekat sana sini dengan jaring untuk mengaut isi kat dalam air tu.. tak bagi cannn.. mula mula kelmarin seronok la juga matakail terjumpa kawasan takungan banjir kat subang airport ni ingatlah dapat tempat menjoran yang sesuai untuk mengisi masa lapang dan gian.. kot kot dapat la tarik yang bagak bagak ikannya untuk dibuat carta dan koleksi matakail.. rupa rupanya tempat ni dah panas dah dengan kaki jaring ni.. aduiii... tak merasa la niat tu agaknya, kompom dah tak ada yang besar dah habis melekat pada jaring diorang.. tapi apakan daya matakail, nak pi sound kang silap silap matakail yang kena jaring.. buat dak jelah nampoknya.. "apa pun tak boleh!!"

Tuan pengerusi merenung marah penjaring dari jauh je..
Matakail, pengerusi team encik adnan dan en saleh meneruskan aktiviti menjoran pada petang itu dengan meignorekan saja penjaring yang bongok itu dengan hati dan harapan dapat tarik jugak ikan beso beso mengikut pepatah rezeki masing masing dan usaha tangga kejayaan.. huhuhu..nampaknya takde lah spesis lain yang naik hanyalah remaja remaja shuffle talapia sahaja berjaya kami naikkan untuk dijadikan juadah malam ini dan keesokannya..di sini dapatlah kiranya matakail berpesan sikit kepada yang rasa diri tu hardcore penjaring.. "ce bawak bersabo..jangan le dikaut semua.. bagilah kami feel nak mancing sikit..tinggal tinggalkan lah untuk anak cucu sikit.. ate kome ni.. nak kena libas ke.." ok! semoga berjumpa lagi..sekian

remaja shuffle cinonit..
doktor gigi ikan 
sesekali menarik untuk pengubat hampa..
ikan juara petang ini.. xde lah besar mana pon :p
penjaring..mintak mintak depa ni kena ngap buaya..


NI LAH GAYA 2 EKOR PEMUSNAH HABITAT
& SATU SATUNYA HASIL PAK SALEH
read more "Bersama Spesis Shuffle & Penjaring No Mercy"
 

PageRank Display

PageRank
ping.sg - the community meta blog for singapore bloggers
PageRank Checker
Blogged.my
Free Auto Backlinks From 1Malaysia
free web site traffic and promotion

Kaki Ngail..

“Terima kasih kepada semua pelawat dan Followers.. Semoga anda mendapat sesuatu yang berguna di sini...........Terima kasih kepada yang sudi menghantar komen........ Thanks..;)
Pancing Ara TEAM Copyright © 2011 Blogger Template Designed by Eims@Matakail® Blogger Template