Sepintas cerita untuk pembaca blogger dan rakan rakan.. matakail cuba sedikit nak ulas tentang kesakitan kepada benda keras kat bahagian mulut kita ni iaitu GIGI... memang tidak dinafikan kalau sedang buat kerja apa pun lebih lebih lagi ketika menjoran, datang pulak sakitnya.. memang tak jadi apa lah... bertambah tambah sakitnya kan.. macam pernah terjadi kepada salah seorang ahli pancing ara dulu ketika nak pergi belayar ke pulau sembilan.. beliau dah mencuba macam macam cara namun tak hilang lansung sakitnya sampailah singgah di hospital bersalin di area setiawan tu mintak cucuk ubat bius bagi menghilangkan rasa sakit.. kesian matakail tengok..
Jadi untuk meringankan beban kepada semua yang mengalami saat ini, matakail himpunkan lah sedikit petua, amalan, pengetahuan tradisional yang mungkin membantu..
2) Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.
3) Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.
4) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas.
5) Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.
6) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.
7) Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.
8) Petua paling baru yang matakail dapat info dari seorang kawan dengan menitiskan air bateri kereta didalam lubang gigi yang sakit.
9) Ada pula petua dari sebuah blog dari indonesia memberitahu dengan berkumur dengan air kencing yang masih segar.. huhu.. katanya mujarab.. tapi sanggupkah korang???
10) Kulum ais batu bagi mengebaskan gusi.. aduh kang bertambah parah lak...
Potong halus si bawang putih (1 siung bawang putih) atau bawang merah, kemudian taburkan sedikit garam. Kunyah di daerah yang sakit dan tak lama kemudian rasa sakit di gigi korang akan menghilang perlahan lahan. korang juga boleh menggunakannya sebagai terapi untuk memperkuat struktur tulang gigi korang.
12) Jeruk nipis
Peras sari jeruk nipis, ulaskan pada bahagian gigi yang sakit sesendok demi sesendok setiap 10 minit sampai sari jeruk tersebut habis. Selain kaya akan vitamin C, sari jeruk tersebut juga berfungsi sebagai pereda sakit gigi korang.
13) Minyak cengkih
korang mungkin tahu bahawa cengkih adalah salah satu komposisi penyusun rokok. Namun berbeda dengan cengkih tersebut, sari minyak cengkih sangat mujarab untuk menyelamatkan gigi Anda dari serangan rasa ngilu. Caranya mudah, sapukan minyak cengkih pada gigi korang dengan bantuan kapas.
14) Garam
Tidak disyorkan untuk mengulum garam secara langsung, bukan kerana efek sampingan, namun rasanya tentu sangat asing bukan? Namun di balik rasa masin ini, kandungan yodium yang tinggi juga meringankan ngilu gigi. Caranya mudah, taburkan garam dalam segelas air mineral hangat. Aduk kemudian gunakan sebagai mouthwash. Berkumurlah setidaknya sampai korang merasa cukup nyaman dan tak terlalu tersiksa oleh rasa sakit gigi.
dan banyak lagi petua petua tradisional yang matakail nak cari supaya boleh dikongsikan bersama sama dengan semua orang yang mengalami dan bakal mengalami.. setidak tidaknya ilmu dan maklumat ini boleh digunakan.. tetapi seelok eloknya kita hindarkan lah dari kesakitan ini dengan menjaga kesihatan gigi kita ataupun berjumpa dengan doktor gigi untuk rawatan. sekian-matakail