Tinggal lagi seminggu sahaja nak sampai kebulan yang amat mulia iaitu bulan ramadhan al-mubarak yang kita lalui setiap tahun untuk menghimpunkan pahala banyak banyak..dikesempatan ini juga matakail setiap tahun akan memulakan perniagaan kecil kecilan di pasar ramadhan dengan juadah yang bersangkut paut juga dengan penghuni air iaitu "IKAN BAKAR" ..pastinya yang tahun ini matakail nak buat lebih official sikit lah.. grenge2 punya dengan ramuan dan cara yang agak berbeza dari tahun tahun sebelumnya..bukan apa, nak bagi kepuasan kepada orang orang yang berpuasa ni menikmati juadah berbuka kepuasan apabila menikmati resepi matakail ni nanti..
Matakail akan memulakan operasi perniagaan ni pada 1 Ramadhan nanti di Bazaar Ramadhan Jalan SS6/1 Kelana Jaya yang merupakan bazaar yang terhot sekali di kawasan petaling jaya. bagi mereka mereka pengemar ikan bakar boleh lah datang bertamu kat gerai matakail nanti yang bernombor lot 152.. dan kalau tak pasti boleh tengok gambar banner kat atas tu matakail akan gantungkan depan gerai nanti. Matakail pon dah kira kira jenis ikan tahun ni matakail akan tumpukan kepada ikan cencaru, pari & ketuka yang pastinya..mungkin ada penambahan spesis lain seperti kembung, keli dan ikan paling banyak tulang iaitu ikan terubuk. dan tahun ni juga matakail akan balut mengunakan daun lengkuas yang mempunyai aroma yang akan membuatkan "kecur airliur"
Tentang harga pula matakail tetap memberikan harga yang murah dan berpatutan dengan saiz dan jenis ikan..kepada pengunjung atau blogger yang mai kalau nak discount boleh matakail bagikan tetapi dengan menjadi follower blog ni..dan bila dah mai nanti bagi je kata kunci "Matakail" insyaAllah matakail akan bagi sedikit diskaun pada korang ok... hehe.
Apa apa pun dikesempatan ini juga matakail, pengerusi dan warga TEAM Pancing Ara ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dengan penuh keikhlasan & Ibadat. sekian -matakail
0 comments:
Catat Ulasan