Rabu, 6 Julai 2011

6
Komen
KELI MASAK LOMAK CILI API BOSA NI..

matakail | 5:30 PG |


BARCELONA - Seorang warga tua wanita berumur 54 tahun dari britain dan juga matanya yang buta sebelah akibat main bunga api kecik kecik bernama didalam i/c - shiela penfold telah mencipta satu rekod dunia yang baru pada baru baru ini yang tidak dinyatakan tarikh dan masa yang tepat yang mana telah berjaya memancing seekor ikan keli seberat 97kg di sepanyol, dilaporkan oleh akhbar daily telegraph..

Dia dibantu oleh suaminya yang bernama timangan Alan (nama betul tak mahu bagitau) dan anaknya Athur mengambil masa untuk menaikkan ikan tersebut ke atas darat dengan aksi bergelut, menarik, menjerit di tebing Sungai Ebro sehingga menganggu makcik2 yang sedang basuh kain dan mengumpat di bersebelahan

Jawatankuasa rekod perikanan britain mengesahkan kejadian dan tangkapan itu adalah yang sangat sangatlah paling besar dilakukan oleh seorang warga tua britain dan telah mengatasi rekod pingat emas sebelum ini oleh encik Bev Street, 46tahun yang juga memulanya telah memecahkan rekod ikan keli terberat iaitu 32kg

Ketika dihubungi oleh wartawan melalui telifon mudah hilang alih, wanita tersebut dengan lantangnya, gaya belagak dan seperti berpidato telah memberitahu "ia juga merupakan rekod kami sekeluarga dan negara, tetapi dengan rasa bangga saya dengan rela hati melepaskan kembali kesungai" demi kehidupan cucu cicitnya yang sedang meratapi kehilangan moyang tercinta mereka

Keluarga tersebut yang tinggal di Wandsworth, London dalam diam diam telah mengukur ikan keli itu tersebut ketika ia mengelupur ditebing sungai iaitu sepanjang 2.48 meter dan sempat mentandatangai autograf di badan ikan keli tersebut sebelum melepaskan kembali ke dalam sungai dengan slogan "cintai spesis warga tua". -Agensi

** matakail pon penah pecahkan rekod kampung ulu dedap.. tapi malas nak panggil akhbar, yelah nanti glmour pulak macam kumpulan sepah susah :p
bergaya bersama ikan keli 4kg 'orang' pancing

6 comments:

cx's berkata...

entry yg best.. dari atas smpai the end of entry.. tersengeh cuz baca cara penyampaian yang best! =)

matakail berkata...

tq cxs.. aik pelik nama. igt rxz td :p

SiS NaD berkata...

Salam M.K...

Best jugak ye dapat memancing... dah lama tak memancing.. Huhu!~ (^_____^)V

matakail berkata...

sis nad. bila nak p. jom la...leh gak jadi tukang siang ikan

I do I need Iman berkata...

waaaaaaaaaaaaaah tere lah makcik tue .
ahah oh matakail pon pena ke?
gdluck again.
nk keliiiiiiiii!

matakail berkata...

pi je kedai mkn sebelah tu. ada keli masak sambal lg.

Catat Ulasan

 

PageRank Display

PageRank

Baru Jap Menjoran

Kaki Ngail..

“Terima kasih kepada semua pelawat dan Followers.. Semoga anda mendapat sesuatu yang berguna di sini...........Terima kasih kepada yang sudi menghantar komen........ Thanks..;)
Pancing Ara TEAM Copyright © 2011 Blogger Template Designed by Eims@Matakail® Blogger Template