Khamis, 30 Jun 2011

4
Komen
SERAM - Menjoran, Menjoran Juga.. Sila Lah Bersolat Agar Tidak Diganggu Makhluk Halus..

matakail | 9:03 PG |

Sekadar ingatan...tiada kaitan dgn yg hidup atau yg mati...


Berhati-hatilah...

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ. Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Zohor.tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?" bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni. Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.hehehe...rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..




-sumber dipetik dari google..
**jika ada cerita dari anda untuk dikongsikan bersama boleh lah post di Tab FORUM. free jer..
-pancingarateam

4 comments:

Mat Rempit Rampit berkata...

Pastikan tanggalkan Helmet selepas matikan engine moto....

matakail berkata...

huhu.. keselamatan harus dijaga

suzialfredshin berkata...

ahaha, kelakar nih :P
tapi betullah, jangan asik nak mancing jek sampai tinggal solat :)

matakail berkata...

betul ustazah :p

Catat Ulasan

 

PageRank Display

PageRank
ping.sg - the community meta blog for singapore bloggers
PageRank Checker
Blogged.my
Free Auto Backlinks From 1Malaysia
free web site traffic and promotion

Kaki Ngail..

“Terima kasih kepada semua pelawat dan Followers.. Semoga anda mendapat sesuatu yang berguna di sini...........Terima kasih kepada yang sudi menghantar komen........ Thanks..;)
Pancing Ara TEAM Copyright © 2011 Blogger Template Designed by Eims@Matakail® Blogger Template