| goreng pon sodap.. |
Sejenak kembali matakail nak berpokpek... baru baru ni atas keinginan meluap luap untuk menjoran.. matakail dah jumpa satu port yang agak berdekatan dengan pondok usang matakail .. kalau nak gi sana mungkin dalam sebatang rokok je kot.. heheh.. macam mana la leh matakail tak tau ada pulak kawasan luas tasik untuk menjoran kat situ.. dan apa lagii.. mariiii!!
| anak & bapak punyai hobi yang sama.. |
| sesekali nak berposing gak..hihi |
Sebenarnya ni hanyalah misi rikiline je.. nak tengok apa spesis yang dok dalam ni.. didominasi oleh si penjajah je rupanya seperti lopak lopak air yang lain di area bandar ni.. manalah pi spesis bumiputra nii.. semua cabut lari ke hapa.. matakail pon cuba lah mengorek rahsia pada pemancing kat situ.. depa kata ada jugak kadang kadang lampam dan haruan dibawak ke darat.. selain tu ada jugak kawan matakail yang kerja kat subang airport dok kata pernah naik belida 4kg kat situ.. ini sudah menarik! hari khamis ni matakail dah cadang cadang nak kembali balik ke sini untuk menduga spesis lain... kita tengok siapa yang kenaaa!!
-sila lah mengomen-



