Isnin, 13 Jun 2011

5
Komen
Ops Baung Bertukar! Ops Sepat

matakail | 1:39 PG |
Badan masih terasa sengal sengal ubi setelah hampir beberapa jam balik dari trip teluk intan semalam tetapi jari rasa nak menaip pulok..jadi matakail gagahkan juga untuk tatapan kawan dan team..
sg jejawi yang cantik tapi sayang penghuninya sepi..
Kami , pengerusi iaitu en.adnan, botak, ani lebuh, mat kuanter dan teman (matakail) telah bertolak dari ara damansara menuju ke teluk intan dengan harapan nak menduga di sungkai sebelumnya tetapi last minit kawan kepada kawan team tetiba bagitau tak dapat nak bawa kami ke lubuk yang dirancang kerana beliau pergi kursus.. jadi kami pun menukar haluan ke sungai jejawi teluk intan jam 6.15petang.. dalam perjalanan tersebut sempat la matakail dok sms rakan blog team iaitu Tuan Renjer (  http://renjersungai.blogspot.com/ ) kepada beliau jika terluang masa untuk membawa kami menjoran di portnya.. tapi Renjer mengatakan port beliau tak dapat masuk oleh kereta dan air sungai dalam keadaan tidak cantik.. jadi kami teruskan juga ke sungai jejawi di ulu dedap.. terima kasih Tuan Renjer kerana sudi melayan sms matakail..
Sampai ulu dedap jam 9 di rumah encik awang lebuh iaitu abg ipar kepada ani lebuh kami melayan final bolasepak antara terengganu vs kelantan dulu sesambil pekena dinner malam ikan goreng keli & lampam.. sesambil tu juga matakail pon sempatlah membuat perambut dan mencangkuk kelapa sawit peram banyak banyak kerana setelah berbincang, malam ni jugak nak turun ke tebing sungai..jadi kenalah prepare semua ni dulu kerana keadaan gelap nanti akan menyusahkan nak buat semua ni..
Tepat jam 12.30 kami pon pi lah ke port iaitu tebing sungai jejawi dengan harapan adalah mangsa yang hebat dan bersaiz mega akan menyerah diri malam ni.. agak lama menjoran masih tiada yang melentor hanyalah getuan getuan kecil dan tarikan sang duri air tawar.. nyamuk dan agas pula sibuk mencuri darah kami dengan serangan beribu ribu ekor.. sampaikan ada yang masuk kereta tak tahan!! hehhe.. jam 7.00 pagi air sungai masih bergerak surut.. matakail pon pi lah mencari spot yang menarik untuk casting kot pagi pagi ni ada lah pulak raja muara dok melintas mencari sarapan..


Ada yang lalu! kelibat spesisnya tak nampak.. sambaran dan ombak renangan jelas menampakkan yang penghuni ni bersaiz mega! manakala patin pula memunculkan diri dengan bermain air di permukaan tetapi masih lagi mereka tidak mahu menyambar joran matakail dan rakan rakan sehingga kami jemu dan bertolak ke rumah encik awang kembali..
Tengok pada peti tak sampai beberapa ekor duri untuk dibawa pulang ke PJ jadi encik awang mencadangkan kepada Team untuk pergi menjaring di sebuah parit air di kg gajah selepas makan tengah hari untuk bekalan kami pulang..
Sampai di lokasi tersebut cadangnya hendak menaikkan si keli, haruan dan lampam kerana port ni kami pernah menjaring 2 tahun lepas yang menghasilkan berpuluh puluh spesis tersebut.. tetapi port pulak penuh dengan rumpai rumpai di atas permukaan.. dan hanya ada dua permukaan sahaja yang lapang..jadi dilabuhkan jaring di port tersebut..



Penuh sang sepat!! kasar kasar jugak saiznya manakala spesis lain lansung tiada.. mana perginya? mungkin dah disapu oleh penjaring lain agaknya.. jadi terpaksalah kami kutip juga sang sepat untuk dibawa pulang.. hampir setengah coolman jugak lah dengan diselang seli ikan tembakang yang bertakhta bersama.. 

inilah hasilnya..
Jam 10.00 malam kami bergerak pulang dengan keletihan dan harapan menarik ikan darat yang mega masih tidak kesampaian.. sekian.

5 comments:

NAN berkata...

Di katakan berjaya juga trip kali ini.Maklumlah tujuan asal destinasinya ke Sungai Sungkai.Terima Kasih saya pada En. Awang( Abang Ipar Ani Leboh) kerana sudi melayan Team Kami. Menyediakan makanan dan minuman.

matakail berkata...

harap ahli ahli team dapat lagi membuat trip sampingan dan aktif menjoran bersama sama..

renjerkabloi berkata...

jauh jelajah tu hehe xpe jnji ade hasil.. ape pun semua tu meninggalkan seribu kenangan...

satu mase nanti kite prepare trip ke lubuk2 sungai bernam :)

renjerkabloi berkata...

jauh jelajah tu...xpe janji ade hasil hehe...

ade mase nanti kite prepare trip ke lubuk2 sungai bernam :)

matakail berkata...

terima kasih tuan renjerkabloi.. memang matakail nak rasa sangat menjoran kat lubuk bernam tu ..hihih..

Catat Ulasan

 

PageRank Display

PageRank

Baru Jap Menjoran

Kaki Ngail..

“Terima kasih kepada semua pelawat dan Followers.. Semoga anda mendapat sesuatu yang berguna di sini...........Terima kasih kepada yang sudi menghantar komen........ Thanks..;)
Pancing Ara TEAM Copyright © 2011 Blogger Template Designed by Eims@Matakail® Blogger Template