Khamis, 9 Jun 2011

0
Komen
sekadar menulis sebelum menarik

matakail | 8:55 PTG |
 Tinggal sehari je lagi nak pi sungkai perak menjoran spesis air tawar kat sana.. lubuk tu teman ada pi sekali ke sana tapi udoh lupa pula kat mana tempatnya.. rancang punya rancang akhirnya teman ajak le ahli kelab dan pengerusi sekali pi balik tempat ni untuk menduga dan mencari lauk untuk dipenuhkan dalam peti ais teman dan seangkatan..ewah..kata org dulu dulu jangan cakap besor..akibatnya hampa.. tapi teman nak ikut pepatah teman.. cakap besor dapat besor. cakap kecik dapat kecik..


Dok pikir pikir ikan apa yang nak ditarik esok sambil sambil tu teman susun le joran dan mesin pancing untuk air tawor ni.. ada juga yang doh berabok lama tak guna.. bila kenkadang je gunanya dihinggap le sang habuk kalu dok pacak je kat dalam bilik ni.. bila udoh selesai semua nya ready.. teman sambung dok mengedit blog TEAM ni.. letih juga le mencari idea reka bentuk yang simple dan ringkas tetapi menarik, padat dan mudah untuk ahli kelab dan rakan blog serta pengunjung yang bertamu di blog..setelah bertungkus lumus akhir teman sepakat dengan diri teman yang reka bentuk macam ni ok sikit kot.. banyak bahagian yang boleh diselit ditambah tanpa menyelerakkan bahan bacaan, informasi dan sebagainya.. diharapkan kome sentiasa la sudi melawat blog TEAM teman ni.. kalau ada le cadangan ataupun apa benda nak dikongsi bersama kat blog ni roger lah teman kot boleh teman selitkan untuk bacaan untuk kita semua..


Sebelum teman dok undur diri ni sebab jap lagi nak ke mesjid sana tu.. jumaat le katakan.. teman harap le cuaca esok malam harap baik supaya xpdc teman dan rakan TEAM dapat menjoran dengan tenang kat lokasi tersebut dan juga harap kami dapat rezeki yang murah..kalau boleh pula bior le teman yang JUARAnya.. hihi.. Sekian Assalam

0 comments:

Catat Ulasan

 

PageRank Display

PageRank
ping.sg - the community meta blog for singapore bloggers
PageRank Checker
Blogged.my
Free Auto Backlinks From 1Malaysia
free web site traffic and promotion

Kaki Ngail..

“Terima kasih kepada semua pelawat dan Followers.. Semoga anda mendapat sesuatu yang berguna di sini...........Terima kasih kepada yang sudi menghantar komen........ Thanks..;)
Pancing Ara TEAM Copyright © 2011 Blogger Template Designed by Eims@Matakail® Blogger Template