Bahang final bolasepak untuk champion league makin terasa dengan hangatnya.. bagi peminat bolasepak detik detik macam ni amat dinantikan dengan emosi pelbagai terutamanya kepada penyokong MANCHESTER UNITED ataupun BARCELONA..
Hobi diantara pancing dan bolasepak sangat mempunyai persamaan yang mana hobi ini akan melahirkan kepada diri kita pelbagai emosi seperti ketawa, menjerit, diam, sedih, kecewa dan pelbagai lagi..
Selalunya apabila ada perlawanan penting begini maka kebanyakan ikan ikan di dalam air akan terselamat kerana sebahagian atau juga hampir keseluruhan kaki pancing khasnya juga adalah merupakan peminat kepada bolasepak.. betul tak? dan kaki pancing ini saya pasti akan melupakan untuk pergi mengail time ni..
Begitu juga dengan saya dan ahli ahli kelab yang lain pasti akan duduk didepan TV diwaktu itu..Joran akan disandarkan ke dinding.. namun apa yang pasti haruslah difikirkan jua..kata orang..dapur perlu berasap, perut jangan dibiarkan menyanyi.. jangan dibiarkan masa berlalu menunggu.. sebelum wisel ditiupkan... mari kita pergi memancing dahuluuu!!! "majulah sukan/hobi untuk negara" GoolLLLLLL!!! sekian
1 comments:
Akhir nya...MU 1 Bac 3
Catat Ulasan