Khamis, 26 April 2012

1
Komen
BERSIH 8.0 IKAN DI KEMAMAN

matakail | 11:28 PTG |

Tanggal 28hb april iaitu esok semakin sampai ke kemuncaknya yang mana Trip Mega Tahunan Team Pancing Ara akan belansung. Matakail dan pihak team serta ahli memohon kepada pembaca dan pengunjung blog ini mendoakan semoga kami semua akan dilindungi, diberkati , dan  mencapai tujuan yang dirancangkan, INSYAALLAH. AMIN. Trip akan berjalan 2 hari 1 malam dengan seramai 22 orang telah mendaftar bagi mengikuti trip ke Perairan Kemaman Terengganu.

Disini matakail juga ingin memberi kata dua pesan kepada ahli baru mahupun yang lama mengikuti trip ini supaya menjaga keselamatan diri sendiri dan ahli lain supaya kita semua akan selamat bersama, dan hormat menghormati, menjaga tata susila, berkerjasama sesama kita didalam apa saja keadaan dan situasi.diharapkan tiada masalah yang akan kita lalui sepanjang perjalanan trip ini berlansung. Semoga bergembira dan enjoy!

Doa Selamat Perjalanan : 

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، سُبْحَانَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا، وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِيْنَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُوْنَ. اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِى سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى. اَللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا، وَأَطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ. اَللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِى السَّفَرِ، وَالْخَلِيْفَةُ فِى اْلأَهْلِ وَالْمَالِ. اَللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوْذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ، وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ، وَسُوْءِ الْمُنْقَلَبِ فِى الْمَالِ وَاْلأَهْلِ وَالْوَلَدِ. آمِيْنَ.

 Allah Maha Besar… Allah Maha Besar… Allah Maha Besar…

Maha Suci Tuhan yang telah menundukkan kendaraan ini (sehingga menjadi aman), padahal kami tidak mampu menundukkannya. Sungguh suatu saat kami akan kembali kepada Tuhan kami.
Ya Allah, kami memohon kepada-Mu kebaikan, ketakwaan, dan amal yang Engkau ridhai selama perjalanan ini.
Ya Allah, mudahkanlah perjalanan kami ini
Jadikan jauhnya perjalanan ini terasa dekat
Ya Allah, Engkau adalah sahabat yang menyertai perjalanan dan pelindung bagi keluarga dan harta yang kami tinggalkan.
Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu dari sulitnya perjalanan, dari penglihatan (kejadian) yang menyedihkan, dan dari kepulangan yang mengenaskan yang menimpa harta, keluarga, dan anak kami.
Amin…
read more "BERSIH 8.0 IKAN DI KEMAMAN"

Khamis, 12 April 2012

0
Komen
BAJU TEAM YANG PERTAMA

matakail | 1:54 PTG |
BAJU TEAM PANCING ARA 2012

Pertama kali setelah beberapa tahun, Pancing Ara TEAM berusia, sempena Trip Mega 2012 yang akan berlansung pada hujung bulan april ini bertempat di perairan Terengganu , pihak team dan ahli ahli telah bersetuju untuk membuat baju. Kepada sesiapa dari ahli ahli yang masih belum mendapatkan dan ingin membeli boleh menghubungi Eims@Saiful ditalian 0172575254 untuk penempahan baju dan saiz. Dalam perancangan akan datang, pihak team akan membuat baju untuk ahli ahli setiap kali trip mega yang akan diadakan. jika ada pertanyaan tentang pendaftaran ahli, kelab dan sebagainya yang berkaitan boleh menghubungi terus En. Adnan yang merupakan pengerusi tetap bagi Pancing Ara TEAM ditalian 0123990498. Sekian
read more "BAJU TEAM YANG PERTAMA"

Ahad, 8 Januari 2012

3
Komen
HARUAN PEMBUKA TIRAI TEAM 2012

matakail | 9:14 PG |

Nampaknya musim tengkujuh yang sedang dinikmati masyarakat di alam ini sedang berlabuh pergi sedikit demi sedikit dan memberikan petanda baik untuk para peminat sukan pancingan untuk kembali melabuhkan joran masing masing setelah berehat panjang dirumah..



Kali ini pihak admin telah menerima berita & gambar dari salah seorang ahli TEAM iaitu lebih dikenali dengan nama CIK MAT yang bergiat memancing di kawasan Ara Damansara telah berjaya menaikkan beberapa jenis ikan dan diantaranya seperti talapia dan haruan yang bersaiz mega.. Tahniah kepada cikmat dari TEAM Pancing Ara kerana berjaya membuka tirai 2012 dengan hasil yang membanggakan walaupun atas kesihatan beliau yang sedikit menganggu untuk bersama dalam aktiviti TEAM yang dianjurkan sebelum ini tetapi beliau masih mampu aktif memancing di kawasan berdekatan dan menaikkan spesis mega yang diidamkan setiap pemancing. 

Talapia bunga & ashraf (anak cik mat)



read more "HARUAN PEMBUKA TIRAI TEAM 2012"

Selasa, 3 Januari 2012

1
Komen
PERANCANGAN TRIP MEGA 2012

matakail | 11:38 PG |
Salam sejahtera kepada semua ahli TEAM dan pengunjung budiman.

Tanggal 30 Disember 2011 yang lepas Jawatankuasa & ahli Team telah bermesyuarat di Restorang Anjung, Ara Damansara. Agenda Mesyuarat Tersebut Adalah Seperti Berikut ;

1. Lokasi Trip Tahun 2012 & Tarikh
2. Baju Team
3. Yuran Tahunan

Sukacitanya dimaklumkan bahawa didalam mesyuarat ini ahli telah memilih lokasi untuk TRIP 2012 di persisiran laut Bukit Kuang, Kemaman. Tarikh yang telah ditetapkan juga pada : 28-04-12 hingga 30-04-12 (Sabtu- Isnin)

Tentang baju untuk Trip 2012 ini akan diberitahu kelak setelah Jawatankuasa yang ditugaskan telah menyiapkan design dan contoh baju.

Manakala untuk yuran tahunan ahli yang ingin menyertai Trip 2012 diwajibkan membayar sebanyak RM 220.00 dan sekiranya ada penambahan bayaran akan dikutip kepada setiap ahli dihari bertolak ke TRIP 2012.

Nota : Peluang untuk bersama TEAM masih terbuka kepada sesiapa yang berminat , boleh hubungi kami di group facebook ( pancing ara ) untuk penyertaan.

Sekian.

read more "PERANCANGAN TRIP MEGA 2012"
 

PageRank Display

PageRank
ping.sg - the community meta blog for singapore bloggers
PageRank Checker
Blogged.my
Free Auto Backlinks From 1Malaysia
free web site traffic and promotion

Kaki Ngail..

“Terima kasih kepada semua pelawat dan Followers.. Semoga anda mendapat sesuatu yang berguna di sini...........Terima kasih kepada yang sudi menghantar komen........ Thanks..;)
Pancing Ara TEAM Copyright © 2011 Blogger Template Designed by Eims@Matakail® Blogger Template